(via flower-lover)
(via flower-lover)
Apa bahaya dosa?
Bahaya dosa yang paling besar adalah ia menggelapkan hati.
Bila hati gelap, kita akan terhijab daripda Ilahi.
Bayangkan, bila kita ada masalah, memang terdetik hendak mengadu kepada Allah. Tetapi akhirnya kita rasa segan menggunung.
“Aku bukan baik, Allah nak layan ke aku?”
dan biasanya kita tewas. Sebab bila banyak dosa, sangka baik kepada Allah pun jadi sukar.
Sebab itu banyakkanlah buat kebaikan. Walaupun sekecil senyuman. Walau semudah Dhuha dua rakaat.
Kita akan bersemangat,
dan kita akan melihat apabila kita ada masalah,
kita mudah mengadu kepada Allah,
dan kekuatan turun mencurah ibarat hujan.
(via simple-soft-sweet)
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang sering tidak bersyukur.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang cepat berputus asa.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang paling lalai dalam amal ibadatnya.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang paling mudah menilai orang lain.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang paling lemah imannya.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang paling lancang berkata-kata.
Namun itulah sebabnya saya begini,
Saya masih berusaha untuk menjadi yang terbaik,
Mungkin tidak dipandangan manusia, cukuplah pada pandangan Allah.
(via simple-soft-sweet)
(Source: 89cats, via ainulibtisam)
lol
(via ainulibtisam)
(via ainulibtisam)
cuteeeeeee XD
(via ainulibtisam)
(Source: warriorprincessss, via ainulibtisam)
(via ainulibtisam)